Friday, July 24, 2009

PENGALAMAN BERPRAKTIKUM DI SMKTAMAN SERAYA

Pejam celik pejam celik rupanya hari ni da last minggu 7 saya berpraktikum di SMK Taman Seraya, dah separuh perjalanan untuk memenuhi tempoh yang harus disempurnakan selama 14 minggu.

Alhamdulillah setakat ini saya dapat menyesuaikan diri di sekolah ini, malah pada minggu pertama berpraktikum di sini saya rasa seolah-olah sudah lama kerana hari Jumaat minggu pertama sekolah ini ada meraikan sambutan hari guru peringkat sekolah, jadi waktu itu merupakan waktu keemasan saya bergaul dan mengenali guru-guru di SMKTS.

Saya seronok berada di sini dengan pelbagai telatah pelajar dan seluruh warga sekolah ini, yang paling best 4 orang kaunselor di sini tidak pernah lupa adanya saya untuk mendapatkan bimbingan mereka dalam memperlengkapkan diri ini dengan ilmu dan pengalaman sebagai seorang kaunselor.

Waktu saya berkhidmat di sekolah bermula pada pukul 9.45 pagi dan berakhir pada pukul 6.45 petang, ini bermakna masa saya di sekolah selama 9 jam, melebihi had yang sepatutnya iaitu 8 jam. Sebenarnya lagi lebih masa saya berada di sekolah lagi saya suka kerana masa itu dapat saya guna untuk menyempurnakan pelbagai tugas sebagai seorang kaunselor. Sememangnya penat namun saya tidak suka bawa kerja di sekolah ke rumah... itulah saya...

Mungkin saya akan menyambung cerita saya berpraktikum di hari lain kerana sekarang saya perlu turun siapkan dewan dan peralatan yang patut untuk Program Motivasi Pelajar Cina pada petang ini.

No comments: