Monday, October 3, 2011

sekolahku....

kini dah setahun lebih aku berkhidmat di sekolah ini.. alhamdulillah guru2 dan pelajarnya menerima aku seadanya guru kaunseling. namun tidak dapat lari drp masalah disiplin pelajar sepertimana sekolah lain juga di seluruh malaysia ni.. agak2 ade ke sekolah yang langsung xde masalah disiplin? of coz sume ada kan.. aku disini cukup bertuah kerana rakan2 yang lain sangat baik dan sedia membimbingku dari awal aku datang sini, tambahan waktu itu aku mengandung anak pertama.

nasib aku mengandung anak pertama berjauhan dari suami tercinta.. banyaknya dugaanku.. episod demi episod kulalui disini.. banyaknya ragam manusia kutemui.. Allah itu maha Agong akhirnya ku selamat melahirkan puteraku yang pertama Muhammad Ilham B Mohamad Lotfi Aamir secara pembedahan. aku juga perlu menjalani pembedahan kali kedua setelah anakku berusia 3bulan lebih akibatnya aku tidak mampu membawa anak bersamaku ke Sarawak ini.. alangkah pilunya hati seorang ibu terpaksa meninggalkan anak kecil bersama nenek.. jika aku tidak memikirkan kebaikan anakku dah pasti aku membawanya bersamaku.. aku sedar aku sakit, tidak kuat seperti dulu, untuk menjaga diriku sendiri aku perlukan kekuatan apalagi nak bawa anak, sedangkan aku sendirian di Sarawak. aku sangat yakin keadaan Ilham lebih baik bersama siti dan sidinya. walaupun aku tak kuat namun aku sentiasa menguatkan semangatku demi tugas sebagai seorang guru.

aku rasa bersalah pada suami dan anakku namun apa yang harus ku buat?? berhenti kerja?? tidak mungkin kerana aku perlu bekerja membantu kewangan keluarga dan untuk diriku sendiri, aku tahu suamiku mampu tapi aku sukakan profesion ini. Allah memberikan kami dugaan waktu ini. aku berusaha memohon perpindahan sekolah dekat dengan suami semoga lulus kali ini, insyallah.. jika tidak lulus permohonan itu aku pun tidak tahu bagaimanakah pemilihan pertukaran tersebut?? adilkah pemilihan tersebut?? jika aku sihat ia tidak menjadi masalah tapi sekarang keadaan kesihatanku mengganggu.

berada di sekolah ini membuatkan aku rasa bersyukur kerana sedang asyik bersedih mengenangkan anak dan suami aku dikelilingi sahabat yang sangat memahami. pelajar2 disini semuanya bagus.. ada satu dua yang sedikit bermasalah tidak menjadi masalah kerana itu memang menjadi kebiasaan. menyibukkan diri dengan pelbagai tugasan membuatkan aku lupa masalah diri dan itu yang kuharapkan, cuma tatkala waktu malam sendirian sakit datang menjengukku, baru ku sedar aku tidak boleh terlalu ikutkan perasaan bila membuat satu2 kerja, kesannya aku juga yang menanggung..medical check up dengan doktor pakar di HSAH sungai petani kedah harus ku ikuti walaupun aku berada di sarawak... itulah alasanku kenapa harus aku berpindah sekolah dekat dengan suami. memang boleh untuk aku tukar hospital tp banyakla prosedurnya tapi kalau aku tukar hospital di sarawak sekalipun tidak selesai masalah.. aku kat sini sensorang xde transport, kalau sakit nak g spital camne?? dan apa usahaku u pulang ke pangkuan suami???? memang bodoh kan jika berkalut dengan urusan surat menyurat untuk tukar hospital ke sarawak sedangkan suami dan anak di semenanjung???

jika x lulus pertukaranku maksudnya tiada langsung keperihatinan pihak mereka pada profesion ini sendiri sedangkan selalu diuar-uarkan tentang menjaga kebajikan.... dalam pipp dan nkra. ku berdoa semoga Allah menyebelahiku dalam pertukaran kali ini. begitu juga sahabat2 yang senasib denganku. moga Allah permudahkan urusan kami.

Wednesday, August 18, 2010

dulu berpraktikum sekarang bekerja

dah posting... dapat kat sarawak.. time dapat surat tawaran masa majlis kawin saya sebelah pihak lelaki kat perak.. sedih gak time tu tapi teruja pon ada, yela dah nk keje.. sebelum ni belajar..

dapat surat tawaran tp simpan.. sebab sibuk ngan majlis, nak kenal family baru.. nak bukak hadiah.. pikir pasal nak g honeymoon lagi sbb dpt sponsor kat hotel heritage cameron highland mana boleh tolak kan..


banyak sungguh cerita yang nak dikongsi disini setelah lama xmenulis katakan. dah habis honeymoon 3 hari kat cmron hgland sambung lak ikut mendaki gunung datuk anjuran salah sebuah sekolah kat hulu klang selangor (lupa la). mendaki gunung datuk bersama suami setelah pernah sekali dulu daki ngan dia semasa bercinta, heheh.. masa tu bru nak kenal2..

dah turun dari gunung wahhhh letih tp xdela pancit time mendaki kene urut budak2 y pancit je.. tp sbb tgu org lain pancit ni wat smgt jd lemah tau, terikut2 nak pncit sama tp tak pancit sampai puncak gunung datuk.. lega..

balik rumah letih semacam je.. yela sejak kawin xrehat2 lagi, mula2 kat kelantan, then perak, pastu g camron higlnd, pegi pulak gunung datuk negeri 9.. lastly balik kl lepak umah kakak.. letihhh....... dalam masa y sama period xdatang.. alamak kenapa ni? seminggu lewat period g jupe doktor.. sah... saya dah pregnant dlam 2 minggu.. terkejut sangat apa taknya saya baru je gi daki gunung...... alhamdulillah xde pape...

lepak dalam seminggu dua umah kakak saya mula berasa sedih yang amat kerana akan mendaftar diri untuk melengkapkan diri sebagai guru di sarawak. sedih sangat sebab saya dah pregnnt risau kesihatan diri n kandungan apalagi tpt msh x dktahui shingga saya sampai di kuching barulah sglnya akan terjawab.. sedihnya baru kawin dah nk kene pg jauh dr suami dlm masa sama pregnnt lg.. besarnya dugaan.. sdara mara xde kt sinun.

saya antara y bertuah kerana dapat di sekolah bandar. smk kota samarahan berbanding kwn2 y dpt di pedalaman

Friday, July 24, 2009

PENGALAMAN BERPRAKTIKUM DI SMKTAMAN SERAYA

Pejam celik pejam celik rupanya hari ni da last minggu 7 saya berpraktikum di SMK Taman Seraya, dah separuh perjalanan untuk memenuhi tempoh yang harus disempurnakan selama 14 minggu.

Alhamdulillah setakat ini saya dapat menyesuaikan diri di sekolah ini, malah pada minggu pertama berpraktikum di sini saya rasa seolah-olah sudah lama kerana hari Jumaat minggu pertama sekolah ini ada meraikan sambutan hari guru peringkat sekolah, jadi waktu itu merupakan waktu keemasan saya bergaul dan mengenali guru-guru di SMKTS.

Saya seronok berada di sini dengan pelbagai telatah pelajar dan seluruh warga sekolah ini, yang paling best 4 orang kaunselor di sini tidak pernah lupa adanya saya untuk mendapatkan bimbingan mereka dalam memperlengkapkan diri ini dengan ilmu dan pengalaman sebagai seorang kaunselor.

Waktu saya berkhidmat di sekolah bermula pada pukul 9.45 pagi dan berakhir pada pukul 6.45 petang, ini bermakna masa saya di sekolah selama 9 jam, melebihi had yang sepatutnya iaitu 8 jam. Sebenarnya lagi lebih masa saya berada di sekolah lagi saya suka kerana masa itu dapat saya guna untuk menyempurnakan pelbagai tugas sebagai seorang kaunselor. Sememangnya penat namun saya tidak suka bawa kerja di sekolah ke rumah... itulah saya...

Mungkin saya akan menyambung cerita saya berpraktikum di hari lain kerana sekarang saya perlu turun siapkan dewan dan peralatan yang patut untuk Program Motivasi Pelajar Cina pada petang ini.

Sunday, May 10, 2009

Bercuti Bersama Trainers

seronoknye dapat menghabiskan masa bersama sahabat trainers selama 2 hari 1 malam di Glory Beach Resort PD. mungkin ini kali terakhir kita bercuti bersama-sama, lepas ni semua sahabat akan memulakan episod baru berpraktikum di tempat yang jauh melangkau 3 buah negeri iaitu Perak, Selangor dan KL. susah dah nak jumpa lagi kalau jumpa pun tima konvo nanti.

yang paling penting bila masing-masing dah berpraktikum, perubahan pasti ada coz masing-masing perlu menjalani latihan sebagai seorang kaunselor di setting sebenar bukan lagi di campus, perlu berdepan dengan pelajar yang pelbagai ragam, berhadapan dengan pentadbir sekolah dan guru-guru serta perlu berhubungan baik dengan kaunselor sekolah harapnya dapat membantu. kata Mamu "bila dah keluar nanti kita dah tak jadi diri kita, bukan lagi pelajar macam sekarang" lebih kurang gitu la tul tak Mamu? so kat PD boleh la berlagak cam student sekolah lagi.









apapun kenangan bersama di PD pasti tak akan ku lupakan. terima kasih sahabat sekalian walaupun ada yang masih belum setle tesis sanggup turun demi mencipta memori terindah bersama trainers.














cabaran sentiasa menanti..

salam sejahtera..

menulis kembali di laman yang usang ini.. Alhamdulillah siap juga jilid 4 buah tesis dengan jayanya sebelum kami trainers semester 7 bercuti bersama-sama di PD. Esok tesis akan dihantar.. Syukur.. then cuti semester bermula bagi mereka tidak bagi kami kerana 25/5 akan bermulanya episod cabaran baru.. turun ke setting pendidikan untuk menyempurnakan praktikum selama 14 minggu.

so.. teori kena mantap. huuhuh.. kena study balik segala teori kerana itulah core bisnes kami. memandangkan tempoh praktikum hanya 14 minggu sahaja sedangkan tugasan yang perlu kami lakukan sangat banyak, agak kecut perut juga untuk menghadapinya nih. apa pun saya tetap akan alaminya juga.

saya percaya praktikum ini akan memberi saya seribu cabaran dan dugaan baik mental dan fizikal terutama sebab saya terpaksa berpraktikum sorang2 xde partner (kawan extend rehat) dan kawan-kawan yang buat dalam kawasan yang sama terpaksa bertukar sekolah kerana alasan tertentu yang tak dapat dielakkan, risau juga saya bila terkenangkan tugas yang perlu saya pikul sorang2 kelak. saya perlu positifkan diri, bak kata Tuan Syed "time ni la kita nak uji kita boleh buat keje ke tidak". itulah yang saya harapkan pada diri ini agar kuat menjunjung amanah menyempurnakan praktikum dengan sebaik mungkin untuk kebanggaan diri terutamanya dan orang lain juga. janganlah bermuram sahaja memandang ke belakang, pandanglah ke hadapan. segala dugaan dan cabaran boleh membuatkan diri menjadi lebih kuat..
Insyallah...

praktikum yang akan dijalankan adalah selama 560 jam wajib dipenuhi dan perkara wajib lain adalah:

-sesi kaunseling individu sebanyak 45 jam beserta rekod

-sesi bimbingan individu sebanyak 100 jam

-sesi kaunseling kelompok sebanyak 20 jam beserta rekod

-sesi bimbingan kelompok sebanyak 30 jam.

-aktiviti program sekurang-kurangnya 100 jam (4 program @ lebih)

-pentadbiran dan pengurusan maksimun sebanyak 265 jam

selain yang dinyatakan banyak lagi tugasan lain yang perlu disempurnakan, gerun juga meneliti bakal beban tugas nanti, saya berharap sangat pihak pentadbir sekolah memberi ruang interaksi yang membina ke arah memberikan pengalaman yang baru dan positif pada diri ini. Insyallah..

kepada penyelia saya En Zul, bantulah anak didik mu ini. saya sangat memerlukan bantuan semua pihak baik penyelia, pentadbir sekolah dan sahabat-sahabat dalam merealisasikan praktikum yang cemerlang dan gemilang.

Sunday, March 8, 2009

Pengalaman di S.M Teknik Jasin Melaka

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Lama betul saya tak update dengan info baru di ruangan ini, maklumlah sibuk dengan tesis dan lambakan beban tugas.. Hari ini saya sedikit selesa kerana tugasan kebanyakannya dah submit, just tinggal nak kritik filem mengenai disorder dan tesis bab 5. Alhamdulillah viva dapatan kajian berjalan lancar dan diluluskan ke bab 5, cuma saya masih perlu sempurnakan bab 4 dan teruskan bab 5. sekarang nak rest sikit, penat sangat mental ni, saya pun dah hampir disorder jadinya. Stress tu biasa la.. hampir separa normal pun ada. heheh....


Berbalik kepada pengalaman di SM Teknik Jasin (SMTJ) tu actually saya ikut program junior, saya dijemput jadi penceramah, pada mulanya saya memang teruja untuk ke sana tapi memandangkan tugasan terlalu banyak saya cancelkan, nak dijadikan cerita saya tak boleh tarik diri sebab junior ni dah sampaikan pada sekolah mereka akan bawa penceramah jemputan,kalau saya nak quit boleh tapi kena cari pengganti, nak cari katne last minute? so nak tak nak saya join juga lah program mereka.



Dengan semangat dan kekuatan yang ada saya join juga mereka dengan hati yang terbuka sebab bagi saya inilah pengalaman yang perlu saya cari. Untuk pengetahuan, inilah kali pertama saya berceramah sebagai penceramah di sekolah teknik yang saya kira semuanya pelajar cemerlang dan program ini sememangnya untuk pelajar yang bergelar pemimpin (pengawas, PSS dll), sebelum ini ceramah kat program saya sendriri dan kawan-kawan handle tu lain la. Terima kasih kepada junior yang mendesak saya ke sana (heheheh...). Kalau tak sure saya tak kenal lagi SMTJ tu.









Selepas selesai 1 jam setengah ceramah, saya berehat kat bilik yang disediakan manakala fasilitator teruskan dengan program mereka, akibat kepenatan saya tertidur... Alangkah terkejutnya saya bila sedar badan saya dipenuhi ruam merah.. saya dah kelam kabut terus turun dan sampaikan masalah tersebut pada kaunselor sekolah tersebut, risau takut terkene denggi ke, chikungunya ke sebab masa tu memang famous dengan penyakit tu. terus kaunselor bawa saya ke hospital test darah. Menurut doktor yang merawat beliau akan hubungi saya sekiranya darah tersebut ada masalah. Esoknya saya balik campus coz program da selesai. Saya ada tanya Pak cik yang bawa bas tu mengenai ruam kat badan saya, dia kata campak biasa je ni. Da sampai dia bagi saya minum air kelapa muda. Alhamdulillah dengan rehat kat umah kakak (KL) coz di kuarantin tak dapat g kelas seminggu saya sembuh setelah minum tiga biji air kepala muda. Doktor hospital Jasin takde pula call. So, Alhamdulillah... saya ada juga ke Pusat Kesihatan UPSI untuk dapatkan rawatan sebab masa tu saya asyik demam je. Apa pun semuanya da selesai... Begitu la pahit manis mencari sebuah pengalaman.


Sunday, September 7, 2008

..kaUnSELor vs gUru..


Saya meminta komen dan pendapat anda siapakah kaunselor dan siapakah pula guru..

Apa yang membezakan mereka.. adakah dari sudut pekerjaan ? adakah dari sudut sifat dan personaliti ? atau....?.....
Komen dan pendapat anda sangatlah berguna kepada mereka yang masih kabur tentang dua profesion ini yang sama-sama berada di setting persekolahan.