Sunday, May 10, 2009

Bercuti Bersama Trainers

seronoknye dapat menghabiskan masa bersama sahabat trainers selama 2 hari 1 malam di Glory Beach Resort PD. mungkin ini kali terakhir kita bercuti bersama-sama, lepas ni semua sahabat akan memulakan episod baru berpraktikum di tempat yang jauh melangkau 3 buah negeri iaitu Perak, Selangor dan KL. susah dah nak jumpa lagi kalau jumpa pun tima konvo nanti.

yang paling penting bila masing-masing dah berpraktikum, perubahan pasti ada coz masing-masing perlu menjalani latihan sebagai seorang kaunselor di setting sebenar bukan lagi di campus, perlu berdepan dengan pelajar yang pelbagai ragam, berhadapan dengan pentadbir sekolah dan guru-guru serta perlu berhubungan baik dengan kaunselor sekolah harapnya dapat membantu. kata Mamu "bila dah keluar nanti kita dah tak jadi diri kita, bukan lagi pelajar macam sekarang" lebih kurang gitu la tul tak Mamu? so kat PD boleh la berlagak cam student sekolah lagi.









apapun kenangan bersama di PD pasti tak akan ku lupakan. terima kasih sahabat sekalian walaupun ada yang masih belum setle tesis sanggup turun demi mencipta memori terindah bersama trainers.














cabaran sentiasa menanti..

salam sejahtera..

menulis kembali di laman yang usang ini.. Alhamdulillah siap juga jilid 4 buah tesis dengan jayanya sebelum kami trainers semester 7 bercuti bersama-sama di PD. Esok tesis akan dihantar.. Syukur.. then cuti semester bermula bagi mereka tidak bagi kami kerana 25/5 akan bermulanya episod cabaran baru.. turun ke setting pendidikan untuk menyempurnakan praktikum selama 14 minggu.

so.. teori kena mantap. huuhuh.. kena study balik segala teori kerana itulah core bisnes kami. memandangkan tempoh praktikum hanya 14 minggu sahaja sedangkan tugasan yang perlu kami lakukan sangat banyak, agak kecut perut juga untuk menghadapinya nih. apa pun saya tetap akan alaminya juga.

saya percaya praktikum ini akan memberi saya seribu cabaran dan dugaan baik mental dan fizikal terutama sebab saya terpaksa berpraktikum sorang2 xde partner (kawan extend rehat) dan kawan-kawan yang buat dalam kawasan yang sama terpaksa bertukar sekolah kerana alasan tertentu yang tak dapat dielakkan, risau juga saya bila terkenangkan tugas yang perlu saya pikul sorang2 kelak. saya perlu positifkan diri, bak kata Tuan Syed "time ni la kita nak uji kita boleh buat keje ke tidak". itulah yang saya harapkan pada diri ini agar kuat menjunjung amanah menyempurnakan praktikum dengan sebaik mungkin untuk kebanggaan diri terutamanya dan orang lain juga. janganlah bermuram sahaja memandang ke belakang, pandanglah ke hadapan. segala dugaan dan cabaran boleh membuatkan diri menjadi lebih kuat..
Insyallah...

praktikum yang akan dijalankan adalah selama 560 jam wajib dipenuhi dan perkara wajib lain adalah:

-sesi kaunseling individu sebanyak 45 jam beserta rekod

-sesi bimbingan individu sebanyak 100 jam

-sesi kaunseling kelompok sebanyak 20 jam beserta rekod

-sesi bimbingan kelompok sebanyak 30 jam.

-aktiviti program sekurang-kurangnya 100 jam (4 program @ lebih)

-pentadbiran dan pengurusan maksimun sebanyak 265 jam

selain yang dinyatakan banyak lagi tugasan lain yang perlu disempurnakan, gerun juga meneliti bakal beban tugas nanti, saya berharap sangat pihak pentadbir sekolah memberi ruang interaksi yang membina ke arah memberikan pengalaman yang baru dan positif pada diri ini. Insyallah..

kepada penyelia saya En Zul, bantulah anak didik mu ini. saya sangat memerlukan bantuan semua pihak baik penyelia, pentadbir sekolah dan sahabat-sahabat dalam merealisasikan praktikum yang cemerlang dan gemilang.