Friday, July 24, 2009

PENGALAMAN BERPRAKTIKUM DI SMKTAMAN SERAYA

Pejam celik pejam celik rupanya hari ni da last minggu 7 saya berpraktikum di SMK Taman Seraya, dah separuh perjalanan untuk memenuhi tempoh yang harus disempurnakan selama 14 minggu.

Alhamdulillah setakat ini saya dapat menyesuaikan diri di sekolah ini, malah pada minggu pertama berpraktikum di sini saya rasa seolah-olah sudah lama kerana hari Jumaat minggu pertama sekolah ini ada meraikan sambutan hari guru peringkat sekolah, jadi waktu itu merupakan waktu keemasan saya bergaul dan mengenali guru-guru di SMKTS.

Saya seronok berada di sini dengan pelbagai telatah pelajar dan seluruh warga sekolah ini, yang paling best 4 orang kaunselor di sini tidak pernah lupa adanya saya untuk mendapatkan bimbingan mereka dalam memperlengkapkan diri ini dengan ilmu dan pengalaman sebagai seorang kaunselor.

Waktu saya berkhidmat di sekolah bermula pada pukul 9.45 pagi dan berakhir pada pukul 6.45 petang, ini bermakna masa saya di sekolah selama 9 jam, melebihi had yang sepatutnya iaitu 8 jam. Sebenarnya lagi lebih masa saya berada di sekolah lagi saya suka kerana masa itu dapat saya guna untuk menyempurnakan pelbagai tugas sebagai seorang kaunselor. Sememangnya penat namun saya tidak suka bawa kerja di sekolah ke rumah... itulah saya...

Mungkin saya akan menyambung cerita saya berpraktikum di hari lain kerana sekarang saya perlu turun siapkan dewan dan peralatan yang patut untuk Program Motivasi Pelajar Cina pada petang ini.

Sunday, May 10, 2009

Bercuti Bersama Trainers

seronoknye dapat menghabiskan masa bersama sahabat trainers selama 2 hari 1 malam di Glory Beach Resort PD. mungkin ini kali terakhir kita bercuti bersama-sama, lepas ni semua sahabat akan memulakan episod baru berpraktikum di tempat yang jauh melangkau 3 buah negeri iaitu Perak, Selangor dan KL. susah dah nak jumpa lagi kalau jumpa pun tima konvo nanti.

yang paling penting bila masing-masing dah berpraktikum, perubahan pasti ada coz masing-masing perlu menjalani latihan sebagai seorang kaunselor di setting sebenar bukan lagi di campus, perlu berdepan dengan pelajar yang pelbagai ragam, berhadapan dengan pentadbir sekolah dan guru-guru serta perlu berhubungan baik dengan kaunselor sekolah harapnya dapat membantu. kata Mamu "bila dah keluar nanti kita dah tak jadi diri kita, bukan lagi pelajar macam sekarang" lebih kurang gitu la tul tak Mamu? so kat PD boleh la berlagak cam student sekolah lagi.









apapun kenangan bersama di PD pasti tak akan ku lupakan. terima kasih sahabat sekalian walaupun ada yang masih belum setle tesis sanggup turun demi mencipta memori terindah bersama trainers.














cabaran sentiasa menanti..

salam sejahtera..

menulis kembali di laman yang usang ini.. Alhamdulillah siap juga jilid 4 buah tesis dengan jayanya sebelum kami trainers semester 7 bercuti bersama-sama di PD. Esok tesis akan dihantar.. Syukur.. then cuti semester bermula bagi mereka tidak bagi kami kerana 25/5 akan bermulanya episod cabaran baru.. turun ke setting pendidikan untuk menyempurnakan praktikum selama 14 minggu.

so.. teori kena mantap. huuhuh.. kena study balik segala teori kerana itulah core bisnes kami. memandangkan tempoh praktikum hanya 14 minggu sahaja sedangkan tugasan yang perlu kami lakukan sangat banyak, agak kecut perut juga untuk menghadapinya nih. apa pun saya tetap akan alaminya juga.

saya percaya praktikum ini akan memberi saya seribu cabaran dan dugaan baik mental dan fizikal terutama sebab saya terpaksa berpraktikum sorang2 xde partner (kawan extend rehat) dan kawan-kawan yang buat dalam kawasan yang sama terpaksa bertukar sekolah kerana alasan tertentu yang tak dapat dielakkan, risau juga saya bila terkenangkan tugas yang perlu saya pikul sorang2 kelak. saya perlu positifkan diri, bak kata Tuan Syed "time ni la kita nak uji kita boleh buat keje ke tidak". itulah yang saya harapkan pada diri ini agar kuat menjunjung amanah menyempurnakan praktikum dengan sebaik mungkin untuk kebanggaan diri terutamanya dan orang lain juga. janganlah bermuram sahaja memandang ke belakang, pandanglah ke hadapan. segala dugaan dan cabaran boleh membuatkan diri menjadi lebih kuat..
Insyallah...

praktikum yang akan dijalankan adalah selama 560 jam wajib dipenuhi dan perkara wajib lain adalah:

-sesi kaunseling individu sebanyak 45 jam beserta rekod

-sesi bimbingan individu sebanyak 100 jam

-sesi kaunseling kelompok sebanyak 20 jam beserta rekod

-sesi bimbingan kelompok sebanyak 30 jam.

-aktiviti program sekurang-kurangnya 100 jam (4 program @ lebih)

-pentadbiran dan pengurusan maksimun sebanyak 265 jam

selain yang dinyatakan banyak lagi tugasan lain yang perlu disempurnakan, gerun juga meneliti bakal beban tugas nanti, saya berharap sangat pihak pentadbir sekolah memberi ruang interaksi yang membina ke arah memberikan pengalaman yang baru dan positif pada diri ini. Insyallah..

kepada penyelia saya En Zul, bantulah anak didik mu ini. saya sangat memerlukan bantuan semua pihak baik penyelia, pentadbir sekolah dan sahabat-sahabat dalam merealisasikan praktikum yang cemerlang dan gemilang.

Sunday, March 8, 2009

Pengalaman di S.M Teknik Jasin Melaka

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Lama betul saya tak update dengan info baru di ruangan ini, maklumlah sibuk dengan tesis dan lambakan beban tugas.. Hari ini saya sedikit selesa kerana tugasan kebanyakannya dah submit, just tinggal nak kritik filem mengenai disorder dan tesis bab 5. Alhamdulillah viva dapatan kajian berjalan lancar dan diluluskan ke bab 5, cuma saya masih perlu sempurnakan bab 4 dan teruskan bab 5. sekarang nak rest sikit, penat sangat mental ni, saya pun dah hampir disorder jadinya. Stress tu biasa la.. hampir separa normal pun ada. heheh....


Berbalik kepada pengalaman di SM Teknik Jasin (SMTJ) tu actually saya ikut program junior, saya dijemput jadi penceramah, pada mulanya saya memang teruja untuk ke sana tapi memandangkan tugasan terlalu banyak saya cancelkan, nak dijadikan cerita saya tak boleh tarik diri sebab junior ni dah sampaikan pada sekolah mereka akan bawa penceramah jemputan,kalau saya nak quit boleh tapi kena cari pengganti, nak cari katne last minute? so nak tak nak saya join juga lah program mereka.



Dengan semangat dan kekuatan yang ada saya join juga mereka dengan hati yang terbuka sebab bagi saya inilah pengalaman yang perlu saya cari. Untuk pengetahuan, inilah kali pertama saya berceramah sebagai penceramah di sekolah teknik yang saya kira semuanya pelajar cemerlang dan program ini sememangnya untuk pelajar yang bergelar pemimpin (pengawas, PSS dll), sebelum ini ceramah kat program saya sendriri dan kawan-kawan handle tu lain la. Terima kasih kepada junior yang mendesak saya ke sana (heheheh...). Kalau tak sure saya tak kenal lagi SMTJ tu.









Selepas selesai 1 jam setengah ceramah, saya berehat kat bilik yang disediakan manakala fasilitator teruskan dengan program mereka, akibat kepenatan saya tertidur... Alangkah terkejutnya saya bila sedar badan saya dipenuhi ruam merah.. saya dah kelam kabut terus turun dan sampaikan masalah tersebut pada kaunselor sekolah tersebut, risau takut terkene denggi ke, chikungunya ke sebab masa tu memang famous dengan penyakit tu. terus kaunselor bawa saya ke hospital test darah. Menurut doktor yang merawat beliau akan hubungi saya sekiranya darah tersebut ada masalah. Esoknya saya balik campus coz program da selesai. Saya ada tanya Pak cik yang bawa bas tu mengenai ruam kat badan saya, dia kata campak biasa je ni. Da sampai dia bagi saya minum air kelapa muda. Alhamdulillah dengan rehat kat umah kakak (KL) coz di kuarantin tak dapat g kelas seminggu saya sembuh setelah minum tiga biji air kepala muda. Doktor hospital Jasin takde pula call. So, Alhamdulillah... saya ada juga ke Pusat Kesihatan UPSI untuk dapatkan rawatan sebab masa tu saya asyik demam je. Apa pun semuanya da selesai... Begitu la pahit manis mencari sebuah pengalaman.