Monday, October 3, 2011

sekolahku....

kini dah setahun lebih aku berkhidmat di sekolah ini.. alhamdulillah guru2 dan pelajarnya menerima aku seadanya guru kaunseling. namun tidak dapat lari drp masalah disiplin pelajar sepertimana sekolah lain juga di seluruh malaysia ni.. agak2 ade ke sekolah yang langsung xde masalah disiplin? of coz sume ada kan.. aku disini cukup bertuah kerana rakan2 yang lain sangat baik dan sedia membimbingku dari awal aku datang sini, tambahan waktu itu aku mengandung anak pertama.

nasib aku mengandung anak pertama berjauhan dari suami tercinta.. banyaknya dugaanku.. episod demi episod kulalui disini.. banyaknya ragam manusia kutemui.. Allah itu maha Agong akhirnya ku selamat melahirkan puteraku yang pertama Muhammad Ilham B Mohamad Lotfi Aamir secara pembedahan. aku juga perlu menjalani pembedahan kali kedua setelah anakku berusia 3bulan lebih akibatnya aku tidak mampu membawa anak bersamaku ke Sarawak ini.. alangkah pilunya hati seorang ibu terpaksa meninggalkan anak kecil bersama nenek.. jika aku tidak memikirkan kebaikan anakku dah pasti aku membawanya bersamaku.. aku sedar aku sakit, tidak kuat seperti dulu, untuk menjaga diriku sendiri aku perlukan kekuatan apalagi nak bawa anak, sedangkan aku sendirian di Sarawak. aku sangat yakin keadaan Ilham lebih baik bersama siti dan sidinya. walaupun aku tak kuat namun aku sentiasa menguatkan semangatku demi tugas sebagai seorang guru.

aku rasa bersalah pada suami dan anakku namun apa yang harus ku buat?? berhenti kerja?? tidak mungkin kerana aku perlu bekerja membantu kewangan keluarga dan untuk diriku sendiri, aku tahu suamiku mampu tapi aku sukakan profesion ini. Allah memberikan kami dugaan waktu ini. aku berusaha memohon perpindahan sekolah dekat dengan suami semoga lulus kali ini, insyallah.. jika tidak lulus permohonan itu aku pun tidak tahu bagaimanakah pemilihan pertukaran tersebut?? adilkah pemilihan tersebut?? jika aku sihat ia tidak menjadi masalah tapi sekarang keadaan kesihatanku mengganggu.

berada di sekolah ini membuatkan aku rasa bersyukur kerana sedang asyik bersedih mengenangkan anak dan suami aku dikelilingi sahabat yang sangat memahami. pelajar2 disini semuanya bagus.. ada satu dua yang sedikit bermasalah tidak menjadi masalah kerana itu memang menjadi kebiasaan. menyibukkan diri dengan pelbagai tugasan membuatkan aku lupa masalah diri dan itu yang kuharapkan, cuma tatkala waktu malam sendirian sakit datang menjengukku, baru ku sedar aku tidak boleh terlalu ikutkan perasaan bila membuat satu2 kerja, kesannya aku juga yang menanggung..medical check up dengan doktor pakar di HSAH sungai petani kedah harus ku ikuti walaupun aku berada di sarawak... itulah alasanku kenapa harus aku berpindah sekolah dekat dengan suami. memang boleh untuk aku tukar hospital tp banyakla prosedurnya tapi kalau aku tukar hospital di sarawak sekalipun tidak selesai masalah.. aku kat sini sensorang xde transport, kalau sakit nak g spital camne?? dan apa usahaku u pulang ke pangkuan suami???? memang bodoh kan jika berkalut dengan urusan surat menyurat untuk tukar hospital ke sarawak sedangkan suami dan anak di semenanjung???

jika x lulus pertukaranku maksudnya tiada langsung keperihatinan pihak mereka pada profesion ini sendiri sedangkan selalu diuar-uarkan tentang menjaga kebajikan.... dalam pipp dan nkra. ku berdoa semoga Allah menyebelahiku dalam pertukaran kali ini. begitu juga sahabat2 yang senasib denganku. moga Allah permudahkan urusan kami.

No comments: